Wednesday, 25 June 2014

Bersyukur Menjadi Seorang Pelajar

Bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar lagi-lagi diusia yang kian meningkat remaja. Tetapi jika ditanya kepada mereka yang sudah melalui alam perkerjaan, pasti mereka memilih untuk kembali ke alam sekolah ataupun alam pelajaran. Tanya sahaja sesiapa yang sudah lama bekerja, sudah tentu mereka menginginkan masa untuk berputar kembali agar moment2 yang indah belajar bersama rakan-rakan sebaya dapat diulangi. Jadi sebagai seorang pelajar samada masih dibangku sekolah mahupun di alam universiti, lihatlah, betapa beruntungnya anda masih muda dan masih belajar dan ramai yang menginginkan untuk berada ditempat anda. Jadi, jangan sia-siakan masa belajar ini. Kepada yang masih bersekolah, cari semangat untuk hadir ke sekolah dan jangan ponteng walau satu hari pun kerana anda mungkin terlepas saat-saat indah bersama rakan-rakan sebaya. Tapi, ponteng sekolah untuk mengelak dimarahi bagaimana ea? Hahaha. Cubalah berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik dari hari sebelumnya. Jika hari ini tidak bagus dari hari semalamnya, bermakna anda telah gagal untuk hari tersebut.


Tips – berusaha untuk senyum setiap kali anda bangun tidur


No comments:

Post a Comment